-->

Sihat & Cantik Selamanya...

Pages

  • Home
  • KHASIAT KOLAGEN RUMPAI LAUT
  • KAEDAH PENYEDIAAN
  • TESTIMONIAL...
  • RESEPI

RESEPI

Kerabu Rumpai Laut bersama Mangga
Bahan-bahan:
1) Semangkuk rumpai laut (yang telah direndam selama 6 jam)
2) 2 biji mangga muda (disagat)
3) 2 biji perahan lemon (buang bijinya)
4) 4-5 ulas bawang kecil (dipotong dadu)

5) 10 biji cili api (potong kecil,nak lagi pedas tumbuk sikit,boleh tambah jika suka pedas,kurangkan kalau tak tahan pedas)
6) Segenggam kecil udang kering (cik iza goreng tanpa minyak n tumbuk pecah2 utk naikkan rase,boleh digantikan dengan ikan bilis/kiub ikan bilis,masuk dua2 sekali pn boleh)
7) 3 sudu besar gula
8) 1/2 sudu kecil garam


Cara Penyediaan:
Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga rata, dan siap di hidang!!

credit to :
http://resepidapurberasap.blogspot.com/2012/06/resepi-kerabu-rumpai-laut-bersama.html



TELUR PUYUH RUMPAI LAUT

Bahan-bahan:
20 biji telur puyuh
20 gm suun goreng
10 gm rumpai laut direndam seketika
1 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato – dikisar dan ambil airnya
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan:
1. Rebus telur puyuh hingga masak dan buang kulitnya. Kemudian goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, pati ayam, jus tomato dan sos tomato.
4. Kacau hingga rata, kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga rata.

5. Masukkan rumpai laut dan taburkan serbuk lada sulah.
6. Setelah masak, angkat dan susun di atas suun yang telah digoreng. Hias dan hidangkan.



 
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Selamat datang...kawan-kawan...

Terima kasih kerana berkunjung..jangan lupa tinggalkan komen ya..

Total Pageviews

Nuffnang Ads

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.